Selasa, Mac 06, 2012

NOVEL: ERTI SEBUAH PENGORBANAN

NOVEL TINGKATAN 2: ERTI SEBUAH PENGORBANAN : Oleh Zaihanim Zainal Abidin.
(Rujukan BPK: KPM)

Tema: Kasih sayang.


Iman Zulaikha amat menyayangi kedua ibu bapanya. Setelah mereka bercerai Iman Zulaikha tinggal bersama datuk dan neneknya di kampong Namun hubungan antara ibu dan bapanya masih baik sebagai sahabat. Pelbagai usaha dilakukan oleh Iman agar kedua-dua ibu bapanya dapat bersatu semula.

Persoalan

Persoalan pengorbanan
Contoh: Ayah Iman dan ibu Adif Daniel terpaksa mengorbankan harsat mereka untuk berkahwin kerana anak-anak mereka tidak menyetujui perkahwinan tersebut. Ayah Iman akur dengan permintaan Iman agar berbaik-baik semula dengan bekas isterinya.

Ketegasan dalam menyatakan pendirian
Contoh : Iman Zulaikha enggan menarik diri daripada pertandingan pidato walaupun diberi kata dua oleh Linda.

Persoalan Kasih sayang dalam keluarga / persahabatan
Contoh : Yusri kerap melawat Iman Zulaikha dan bekas ibu bapa mertua di kampung tanpa menimbulkan kekecohan. Yusri juga sentiasa memberi galakan kepada Iman supaya berjaya dalam peperiksaan dan pidato.

Persoalan Hubungan persahabatan/Semangat setia kawan dalam persahabatan
Contoh : Iman dan Pei Wen saling menyokong dan berkongsi masalah serta luahan perasaan. Iman menjemput Pei Wen makan nasi di rumah datuk neneknya justeru Pei Wen awalnya enggan berhadapan dengan ibu tiri.

Persoalan Kegigihan / kecekalan / kesungguhan dalam menghadapi cabaran hidup
Contoh : Iman Zulaikha tetap tabah dalam meneruskan kehidupan bersama datuk dan nenaknya di kampung walaupun terpaksa berjauhan dengan ibunya yang sedang melanjutkan pelajaran di New Zealand.
Contoh peristiwa: Iman tidak tergugat walaupun nota persediaan dan kad imbas rujukan pidatonya hilang secara misteri. Iman tidak mudah mengalah dengan dugaan itu.

Persoalan Ketabahan / kesabaran dalam menempuh dugaan
Contoh : Walaupun ayahnya menyatakan dia telah menemui calon isteri pengganti ibunya, Iman masih berharap dia dapat menyatukan kembali ibu bapanya. Iman juga akur akan nasihat Cikgu Julia supaya menghormati kehendak ibu bapa sebagai anak yang solehah.
Persoalan taat kepada perintah agama
Contoh : Iman sentiasa menunaikan solat dan sentiasa berdoa agar apa yang dihajatinya tercapai.

Rabu, Mei 04, 2011

Menyempurnakan Saf Dalam Solat

Siri Kuliah Ustaz Yusaini b.Yahya - 13.04.11

Sabda Rasulullah..
" Sebaik-baik saf bagi lelaki adalah saf yang paling hadapan dan sebaik-baik saf bagi perempuan adalah yang paling belakang".
" Saf di sebelah kanan adalah lebih fadilatnya".

Aisyah r.a meriwayatkan...
"Sesungguhnya Allah dan Malaikat berselawat dan beristirfar(memohon keampunan) ke atas orang yang duduk di saf kanan".

Kelebihan saf paling hadapan:
~Riwayat Ibnu Majah, saf yang pertama memiliki 3 kebaikan/kelebihan,
antara: bagi mereka yang berada di saf paling hadapan akan mendapat tazkiah yakni keampunan atau kesucian daripada Allah SWT.
~Riwayat Abu Muslim, orang yang berada di saf paling belakang maka akan di belakangkan oleh Allah SWT. Para ulamak berpendapat itulah kerugian yang paling besar.

Cara Menyempurnakan Saf:
1 Merapatkan bahu dengan bahu jemaah bersebelahan.
2 Merapatkan lutut dengan lutut.
3 Merapatkan buku lali dengan buku lali yakni menyamakan tumit-tumit.

Kesimpulannya, keutamaan menyempurnakan saf dan kelebihan saf yang paling hadapan memberi pengajaran kepada kita bahawa apabila dilaungkan azan, maka bersegeralah kita menuju ke tempat dimana dilaungkan azan untuk solat berjemaah dan sempurnakan saf untuk mendapat kebaikan yang dijanjikan Allah SWT.